Thursday 7 January 2016

Filled Under:

Kisah Yang Menyentuh Hati , Tiada Siapa Yang Tahu Pasal Gadis Itu ..........



Pada jam 4.30 pagi saya menerima panggilan telefon  dari seorang gadis…

 Perbualan Kami :


“Ummi, saya terberanak.”
“Kat mana?”
“Dalam bilik air”
“Bilik air dimana?”
“Rumah saya…”
  **  Dalam telefon memang terdengar nyaring suara bayi menangis.  **

“Siapa ada bersama kamu?”
“Saya sorang s0rang.”
“Kat rumah takde orang ke?”
“Bilik air saya kat atas, kat bawah ada mak ayah, tapi mereka tak tahu.”
“Rumah kamu dimana?”
Gadis itu memberikan alamat rumahnya. Saya berada beratus ratus kil0metre untuk datang segera membantu. Saya berada di Johor Bahru. Kejadian di Kuala Terengganu.

Tak ada cara lain yang sp0ntan untuk dilakukan melainkan saya call 999. Usaha untuk menyelamatkan 2 jiwa...  Apabila talian 999 berjawab ,,

: “Ya Pn Liza, ada apa b0leh kami bantu.”..............

# Uiks….. mereka dah simpan n0mb0r saya, apabila saya membuat panggilan menggunakan n0mb0r telef0n tangan saya, sudah pasti nama saya terpapar pada panggilan tersebut….

:  “Ada kes se0rang gadis telah melahirkan anak di bilik air rumahnya. Saya tidak dapat membantu, sekarang saya berada di Johor Bahru, dan gadis itu di Kuala Terengganu.”...

: “Jauhnya puan. Macamana puan boleh tahu?”

:  “Gadis itu menelefon saya memberitahu.”

:  “Baiklah, kalau begitu, saya sambungkan puan dengan H0spital Kuala Terengganu dan puan bercakap dengan mereka.”

** Setelah saya menerangkan l0kasi dan memberikan maklumat nama, alamat dan n0mb0r telef0n, terus paramedik bersama ambulance ke 0okasi kejadian... Alhamdulillah, ibu dan bayi dapat diselamatkan dan dibawa ke hospital.  **

#  Hanya yang tidak dapat diselamatkan cuma maruah dan aib #

Memang tidak ada siapa yang tahu gadis itu mengandung, termasuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Dua minggu sebelum ini, gadis ini berhubung dengan saya, menceritakan tentang kandungannya dan berhasrat untuk datang berlindung di BaitusSolehah....  Namun gadis ini menangguhkan sehingga lepas hari raya aidil adha....

Gadis ini cuma menganggarkan saja usia kandungannya.. . Ketika itu anggaran usia kandungannya 6 bulan, lebih kurang 26 minggu....  Dia menjangkakan selepas hari raya aidil adha baru datang ke Baitus Solehah, ketika itu usia kandungan memasuki 28 minggu.

Namun jangkaannya silap, . Rupanya usia kandungan sudah memasuki 36 minggu... Cuma bentuk fizikal tidak kelihatan, tiada sesiapa pun ahli keluarga yang mengetahui kehamilannya itu ..

Tidak siapa dapat menghalang kehendak Allah...  Gadis ini berhasrat merahsiakan tetapi ia terbuka jugà.. . Taubat yang masih belum dilakukan, , niat yang tidak benar -benar bertaubat kerana Allah, maka Allah buka aib dirinya dan maruah keluarga....

Ambulance tiba di rumahnya pada pukul 5.00 pagi... Kebetulan rumah gadis itu berhampiran surau... Ketika gadis dan bayi diusung masuk ambulance, jemaah surau datang mengerumuni  disisi ambulance untuk mengetahui kes kecemasan.... Siapa sakit? Sakit apa???

Kebetulan orang  kampung kenal itu rumah siapa, jadi berduyun duyun lah datang menziarahi untuk tahu siapa yang sakit.

Alangkah malunya ibubapa sigadis.... Tidak terucap sepatah kata pun ketika ditanya... Ketika paramedik datang mengetuk pintu, mereka sudah terperanjat, ada kes apa ambulance datang subuh subuh ni ke rumah mereka. Siapa yang sakit? ....



: Bila paramedik menerangkan ada panggilan kecemasan, se0rang gadis telah melahirkan anak di bilik air di tingkat atas rumah, ibu bapa gadis itu sangat terperanjat

:  Mereka pun tidak dapat menjangka siapa, maka segera mereka naik ke tingkat atas menunjukkan bilik air. Dan apabila melihat saja wajah anak b0ngsu mereka terbaring di bilik air bersama bayi baru lahir di sisinya, terus si emak beristigfar, jatuh pengsan kerana terkejut

:  Setelah tali pusat di potong, ibu dan bayi diusung bawa ke dalam ambulance. Emak yang pengsan dipulihkan dahulu sebelum ambulance meninggalkan mereka menuju ke hospital...

##  Ahli keluarga ambillah iktibar, prihatin dengan sikap dan bentuk fizikal tubuh ahli keluarga. Sikap sese0rang gadis yang mengandung selalunya berubah dan berbeza dari kebiasaan. Maka ambik tahu dan ambil berat supaya kes begini tidak berlaku.  ##








0 comments:

Post a Comment