Wednesday 6 January 2016

Filled Under:

Jangan Naik Bas Shamisah Holiday Express , Kalau Anda Tidak Mahu Jadi Begini ....



Saya dan suami dari Perlis ke Shah Alam.... Masa nak pergi, tidak ada masalah. Alhamdulillah sampai dengan selamat naik bas Transnasional... Kami bercadang nak balik pada 3 Januari 2016, pagi. Kalau tak ada, nak ambil yang dekat-dekat itu je lah.....

** 2 Januari 2016 : malam, kami pergi ke stesen bas Shah Alam Seksyen 14, nak pergi beli tiket bas...  Adalah 0rang di kaunter Shamisha d0k sekat-sekat suruh beli dengan dia...  Dia kata tiket banyak habis dah kalau nak balik ke Kangar pada waktu pagi....

Kami pun suruh dia tunggu sekejap sementara kami pergi bertanya pada kaunter yang lain. Dia siap ikut sekali.... Memang betul tidak ada tiket pagi atau petang....  Yang ada adalah pada waktu malam sahaja....

Memandangkan tiada pilihan, kami pun terpaksa beli tiket dari dia... Dia suruh kami bayar RM53 tetapi pada tiket dia tulis RM58... . Kami tak tanya apa-apa pun sebab menyangka dia salah tulis... Dia siap pesan datang jam 1 sebab jam 1.15 petang, bas nak bergerak.... Nombor plat  bas, WTQ3359 dan bas turun di Kangar....

Salah kami juga tak beli tiket awal-awal....



**  3 Januari 2016 :  kami pun pergi ke stesen bas pada jam 12.30 tengah hari... Jam 1 petang, bas tidak kelihatan. Tunggu lagi sehingga jam 1.15 petang, tidak juga tiba...  Kami  pergilah bertanya, dia kata bas memang lambat sikit... Jam 1.30  petang : , tidak juga sampai... Kami tanya lagi, dia bagi n0mb0r bas yang lain... KBW, katanya bas WTQ itu, penghawa dinginnya r0sak....

Tunggu lagi sehingga jam 2 petang, tidak sampai-sampai juga bas yang dikatakan.... Bila tanya, dia kata jam 2.30 petang bas tiba....  Geram juga sebab kalau beritahu awal-awal, b0lehlah pergi s0lat dulu...

2.30 petang bas tidak sampai-sampai juga, tunggu sehingga jam 2.40 petang bas pun sampai. Tetapi bukan bas Shamisha , bas yang lain....

Teng0k plat, KBW tetapi n0mb0r lain. Bila pergi tanya pemandunya, dia kata bas ini cuma t0l0ng hantar sampai ke Al0r Setar saja.... Kalau Kangar, kena pergi tanya di Kaunter lain... Aduhlah!!! Pulak dah!!!

Lepas itu, 0rang kaunter pun datang ke bas dan suruh naik...  Dia kata nanti bila sampai Alor Setar, cari bas WTQ dan tunggu di sana... Bas itu akan bawa sampai ke Kangar. Yakin dengan jaminannya, kami pun naiklah bas itu...

**  Jam 3 petang, bas bergerak...  Keadaan bas? Tak usah cakaplah, itu pun kira bersyukurlah b0leh balik  Alhamdulillah, settle satu perkara. Bas pun ada berhenti untuk siapa yang nak s0lat. Lega hati..

Dah nama pun 'bas t0l0ng', jadi merata-ratalah hentian dia. Kamunting, Ipoh, Butterworth, Sungai Petani, Gurun dan akhir sekali Alor Setar....

Bila dekat Butterworth, dengar pemandu bas beritahu yang dia seperti mangsa keadaan. Dia cuma t0l0ng saja tetapi 0rang jeling dia macam dia yang buat salah... Patutnya bas dia paling jauh dipandu sehingga ke Butterw0rth... Kami yang mendengar ini pun rasa kasihan pada pemandu itu....

**  Jam 11.30, sampailah di Shahab perdana. Sebelum turun, kami tanyalah sama ada dia ada pergi ke Kangar atau tidak. Dia kata dia nak patah balik, maka kami pun turunlah sebab 0rang di kaunter Shah Alam tadi suruh cari bas WTQ.....

Kami turun dan cari bas itu sampai jam 11.45 namun gagal. Tanya di kaunter, mereka kata tak tahu dan suruh kami telef0n sendiri n0mb0r yang tertera di tiket. Berkali-kali telef0n namun tidak dijawab... Tanya sekali lagi di kaunter, selamba mereka menjawab,

##  "Siapa suruh turun dari bas tadi? Patutnya bas itulah sampai Kangar," katanya...  #

Aik? Pulak dah. Bagusnya jawapan mereka ini. Sangat bagus. Padahal kakitangan di kaunter Shah Alam beritahu ada bas lain...  Mereka pula kata tak tahu dan lepas tangan... Letih dan penat kami, tiada pilihan. Nak balik macam mana lagi? Terpaksa ambil teksi RM60.00....

Keseluruhan dari Shah Alam ke Perlis dalam 10 jam... K0s perjalanan pulang pula mencecah RM166 (Tiket bas RM53(2x) + Teksi RM60).... Siap pakcik teksi kata ramai yang sudah terkena. Dah rep0rt juga pada pihak berwajib namun tiada sebarang tindakan.....

Bukan berniat nak menutup perniagaan 0rang tetapi nak suruh mereka berhati-hati.... Manalah tahu kalau terkena pada ibu bapa kita sendiri ke, adik ke, saudara ke, tak pun student yang tengah bersusah payah berjimat cermat ke.. Takkan kita suka kena tipu? Tak tahulah k0t kalau ada 0rang yang suka kene tipu....

##  Kepada pemilik bas Shamisha Holiday Express, silalah berniaga dengan jujur. Jangan asyik nak menipu sahaja. ##







4 comments:

  1. bawa perkara ni ke kementerian dalam negeri.....tribunal pengaduan.....buat tuntutan sepenuhnya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol tu buat aduan kt Tribunal jgn biar yg lain pula jadi mangsa saya cuma percayakan bas Transnasional dan Plusliner saja yang lain2 tu..tau je la kan dah terkena serik!!

      Delete
  2. silap besar kalau beli dgn ulat tiket. pengajaran buat diri sendiri & semua.

    ReplyDelete
  3. Bas Shamishah mmg buruk perangai dari dulu. Siap ada penumpang bukak akaun FB khas supaya boikot Shamishah ni. Aku pun dh kena tahun 2012, jnji bas dari Penang ke KB gerak kul 9mlm tp kul 10mlm baru gerak. Pastu siap melencong ambik penumpang kat komtar lg. Kul 1pg baru smpai kat Jambatan Pulau Pinang. Dh la driver samseng dan kurang ajar. Lepas tu aku dh serik naik Shamishah ni.

    ReplyDelete