Thursday 8 October 2015

Filled Under:

Sedih !!! Rangka Terbaru Dijumpai Berhampiran Mayat Pelajar Asli Yang Hilang


Sebahagian rangka seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti jantina,,, ditemui di Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari P0s T0h0i petang Khamis....

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata rangka berkenaan iaitu tengkorak dan beberapa batang tulang rusuk, ditemui pada 3.50 petang semalam....

Beliau berkata rangka itu ditemui kira-kira 800 meter dari mayat Sasa Sobrie, 8, salah seorang daripada tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) P0s T0h0i yang hilang sejak Og0s, yang ditemui petang semalam....

“Kita belum mengetahui jantina rangka berkenaan sama ada lelaki ataupun perempuan kerana kita hanya temui sebahagian daripada tulang-temulangnya,,,” katanya ketika ditemui pemberita di H0spital Gua Musang (HGM) di sini, malam Khamis....

Hadir sama Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan Ab Aziz Abdullah....

Saiful Bahri berkata rangka berkenaan ditemui sepasukan 10 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq yang ditugaskan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh murid SK Pos Tohoi yang hilang sejak 0g0s lepas....

“Pasukan itu menemui rangka berkenaan yang tersadai di tebing sungai dan kita percaya ia ada kaitan dengan kehilangan tujuh kanak-kanak tersebut,,,” katanya....

Rangka berkenaan tiba di bilik mayat h0spital itu kira-kira 8.50 malam tadi, dan dibungkus di dalam sebuah kotak sebelum diserahkan kepada pihak pat0l0gi untuk ujian DNA dan pengecaman jantina...

Mengulas lanjut,, Saiful Bahri berkata pihak patologi juga telah mengambil sampel darah angg0ta keluarga tujuh murid berkenaan pada tengah hari tadi, bagi memudahkan proses ujian DNA dijalankan....

Mengulas lanjut mengenai operasi itu, katanya pasukan SAR mengalami kesukaran menjalankan operasi di kawasan sungai berkenaan kerana air yang cetek serta mempunyai banyak batu....

Sementara itu, Ab Aziz berkata pihaknya akan menambah empat aset baharu iaitu kayak bagi memudahkan 0perasi dilaksanakan....

“Kayak mudah dikendalikan di kawasan air cetek dan ia akan membantu pasukan SAR melaksanakan 0perasi mereka. Kita akan minta bantuan aset berkenaan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dan Perak,” katanya....

Beliau berkata pihaknya juga akan menghantar 10 kaunsel0r bagi membantu meredakan emosi ibu bapa kanak-kanak tersebut serta memberi kaunseling kepada murid-murid sekolah berkenaan pada Sabtu ini....

Pada 23 Ogos lepas, tujuh murid 0rang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK P0s Tohoi, bertindak melarikan diri dari asrama sek0lah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran....

Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11; – kesemuanya berasal dari Kampung Gawin dan Penad....




0 comments:

Post a Comment