Sunday 11 October 2015

Filled Under:

Sayu !!! Norieen Yaakob Mengadu Tidak Boleh Tidur Kerana Teringat Kan Sahabat Yang Meninggal Depan Mata Dan Masih TRAUMA Dengan Bau Mayat Rakan


@#Kota Bharu: Kanak-kanak 0rang Asli, Norieen Yaakob yang kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, memberitahu ibunya dia tidak dapat tidur nyenyak kerana terbayang rakan-rakannya yang meninggal dunia ketika mereka hilang di Pos Tohoi, Gua Musang sejak Ogos lepas...

Ibunya, Midah Angah, 40, berkata, Norieen, 10, memberitahu dia masih takut dan trauma dengan bau busuk mayat rakannya....

"Anak saya beritahu setiap malam dia bermimpi nampak mayat dua rakannya, Juvina dan Ika yang (didakwanya) mati di depannya....

"Malam tadi, semasa dia tidur, air matanya jatuh," katanya kepada pemberita ketika ditemui di HRPZ II di sini, hari ini....

Norieen dan seorang lagi rakannya Mirsudiar Aluj, 11, ditemui selamat di tebing Sungai Perias, P0s Tohoi, pada Jumaat lalu namun tidak bermaya kerana dehidrasi dan kini dirawat di hospital itu....

Midah berkata,,, anaknya itu semakin pulih dan meminta untuk makan nasi dan ayam g0reng tetapi pihak hospital memberinya makanan lembut seperti bubur...

Beliau masih menaruh harapan agar seorang lagi anaknya Haikal, 8, akan dapat dijumpai 0leh anggota pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR).

Sementara itu, bapa saudara Mirsudiar, Akid Baher, 46, berkata, anak saudaranya itu kini sudah mula bercakap dan semakin berselera ketika waktu makan berbanding ketika mula dimasukkan ke hospital itu pada Jumaat....

"Hari ini perkembangannya semakin sihat dan kami ada suapkan bubur dan bagi air suam...dia makan habis dan semakin berselera....

"Dia ada minta mahu makan. ayam, nak tengok televisyen dan dengar lagu tapi dia tidak banyak ...bercakap," katanya....

Akid berkata, anak saudaranya itu masih belum menceritakan mengenai kejadian dia dan enam rakannya hilang dalam hutan di Pos T0h0i, Gua Musang kerana masih trauma.

"Mirsudiar masih tidak bercakap banyak mungkin masih lagi letih...cuma dia ada minta untuk pulang ke kampung kerana rindu bertemu keluarga dan rakan-rakannya," katanya.

Tujuh murid Sek0lah Kebangsaan Tohoi, Gua Musang itu dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lalu kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran....

Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11; - berasal dari Kampung Gawin dan Penad....

Polis telah mengesahkan Sasa dan Ika meninggal dunia manakala dua rangka kanak-kanak yang ditemui belum dikenal pasti melalui ujian DNA manakala satu lagi masih hilang.....


sumber:harian metro




0 comments:

Post a Comment