PENDEDAHAN FAKTA BOLASEPAK DALAM SEMINAR BERSAMA PENYOKONG DI STD LARKIN.
Perjanjian terbaru FMLLP antara FAM dan MP SILVA, hasil penyiaran
dibahagikan seperti berikut: pasukan-pasukan bertanding menerima 30%,
FAM 40%, pengurusan liga 20% dan untuk pengadil serta pengurusan akar
umbi 10%....
Sebagai c0nt0h,,, sekiranya jumlah hasil penyiaran liga setiap tahun
adalah RM70 juta,,, RM21 juta akan diagihkan kepada semua pasukan dimana
setiap pasukan mendapat RM1 juta.... FAM menerima RM28 juta,,, pengurusan
liga RM14 juta dan untuk pengadil dan pengurusan akar umbi sebanyak RM7
juta....
Sepatutnya peruntukan peng@dil disalurkan kepada badan pengurusan
pengadil yang berkecuali, supaya tiada isu berat sebelah kepada setiap
pasukan....
Menjadi pers0alannya,,, mengapa FAM menerima RM28 juta sedangkan FAM tidak
menguruskan liga??? Perjanjian terdahulu antara FAM dan ASTRO, FAM
menerima RM30 juta hingga RM40 juta daripada ASTRO setiap tahun dengan
syarat diagihkan kepada semua pasukan yang bertanding dalam RM1 juta
atau RM2 juta.... Tetapi JDT hanya menerima RM180,000 sahaja... Ke mana pergi
selebihnya???
Yang terbaru,,,, FAM membuat perjanjian dengan MP SILVA,,,, jika mahu
menguruskan liga FAM akan menjual hak penyiaran kepada mereka.... Liga
Malaysia bukan milik FAM.... FAM hanya “pemegang amanah”. Liga ini adalah
hak ahli gabungan.... Jikalau tiada ahli gabungan, tiada pasukan bertanding
dan tiadalah liga. Apabila tiada liga tiadalah badan induk iaitu FAM....
Inilah bukti yang FAM mengaut keuntungan melalui pengagihan bahagian yang tidak adil....
Bolasepak adalah hakmilik rakyat dan 0rang ramai... B0lasepak ini bukan
periuk nasi saya.... Saya buat kerana sukakan melihat rakyat saya bersatu....
Saya buat dengan jujur dan ikhlas... Jikalau pemimpin tidak boleh berlaku
jujur, tidak ikhlas, tidak b0leh menjalankan tugas,,,, tiada ketelusan,
ianya bermakna dia tiada kaliber sebagai pemimpin....
Apa yang akan memajukan b0la sepak tanahair bukan sahaja pihak FAM,,,
tetapi mentaliti pemikiran kita... Tindakan lebih bermakna dari kata-kata...
Jikalau mereka ikhlas untuk memajukan b0lasepak tanahair, saya ada
mengemukakan cadangan-cadangan kepada FAM... Jika mereka tidak kisah,
bermakna mereka tidak pedulikan pasal b0lasepak.....
Amat mendukacitakan kerana suara peny0k0ng b0lasepak tidak didengar oleh
pihak atasan (FAM).... Di J0h0r,,, Alhamdulillah syukur,,, kita ada lain
sedikit,,, mungkin budaya di sini lain sedikit kerana suara mereka
didengar sejak hari pertama.... Mungkin cara mereka bekerja,,,, melaksanakan
tugas, prinsip mereka tu lain,,,, tapi mereka kena faham bahawa bolasepak
bukan milik mereka tetapi adalah milik seluruh rakyat....
Mereka yang menjalankan tugas bagi persatuan bolasepak perlu jujur dan
telus.... Mengenai hak penyiaran,,,, ramai yang pandai bercakap tetapi
semuanya temberang.... Tiada yang bercakap berlandaskan fakta sehingga
mengatakan TMJ sibuk memperjuangkan hak penyiaran kerana JDT sudah
berbelanja besar.... Sebenarnya hak penyiaran ini adalah hak semua pasukan
yang bertanding.... Hak penyiaran adalah tulang belakang dari segi kewangan
kepada setiap pasukan yang bertanding....
Di liga-liga b0lasepak maju, 90% hasil hak penyiaran diagihkan kepada
pasukan, manakala apa sahaja yang mereka dapat melalui penajaan adalah
merupakan b0nus tambahan untuk pasukan. Berbeza dengan kita,,, Astr0 membayar kepada FAM RM220 juta sejak 2011 hingga 2014 dengan syarat FAM
mengagihkan kepada semua pasukan bertanding.... Kita semua tahu ini
pasukan-pasukan bertanding tidak menerima apa-apa, dan FAM telah
“mer0mpak” hak pasukan....
Bagaimana FAM hendak menutup pintu gejala rasuah b0lasepak sekiranya
pasukan tidak berkemampuan untuk menguruskan pasukan masing-masing???Kalau semua pasukan dapat hasil penyiaran yang sepatutnya,,, dapatlah
mereka membayar gaji mengikut masa dan elaun-elaun yang walaupun sedikit
pasti dapat membantu menutup pintu rasuah b0lasepak....
Sekarang ini,,, masih wujud lagi gejala rasuah bolasepak kerana terdapat
masalah pembayaran gaji pemain.... Saya tidak salahkan pasukan,,,, kerana saya
tahu bagaimana peritnya mencari dana untuk pasukan.... Bagaimana pasukan
hendak bertahan kalau FAM sebagai badan induk bolasepak tidak membantu???? Dengan keadaan sekarang, tak perlulah hendak bercerita tentang
menswastakan liga....
Bolasepak tanahair ketinggalan 40 tahun ke belakang kerana tidak ada
yang bergerak dalam bola sepak. Tiada ada orang yang hendak
menggerakkanya. Kini saya menerangkan berkenaan hak penyiaran kerana
saya menyuarakan perkara yang betul, kerana itu adalah hak pasukan.
Lihat sahaja Cardiff City, mereka dapat RM75 juta hasil penyiaran, dan
mereka berada di divisyen dua liga Inggeris.
Kita perlu menentang korupsi. Sekiranya FAM ikhlas hendak mengubah hala tuju bolasepak tanahair, baik mereka memandang serius perkara ini.
Kita perlu menentang korupsi. Sekiranya FAM ikhlas hendak mengubah hala tuju bolasepak tanahair, baik mereka memandang serius perkara ini.
Johor mempunyai padang yang terbaik dan fasiliti terbaik di tanahair,
dan kami hanya mebelanjakan kurang RM200,000 untuk penyelenggaraan
termasuk staff, barang-barang dan alatan penyelenggaraan. Kita mestilah
berbelanja mengikut kemampuan. Jika kita dapati dana pasukan kita amat
terhad, kita boleh kurangkan pengambilan pemain import dan lebihkan
pembangunan pemain tempatan. Janganlah sampai kita melebihkan pemain
import sehingga nasib pemain tempatan kita terabai....
Sebagai ketua atau pemimpin,,, kita perlu bertanggungjawab.... Tidak boleh
cakap "tak apa”,,,, kerana itu membawa maksud anda lepas tangan.... Saya ni
sentiasa bersuara kerana saya suka tengok 0rang lakukan sesuatu tu
dengan ikhlas,,, jujur dan tidak mengambil kesempatan, serta jangan menipu
dan membodohkan orang ramai. ....Anda sebagai penyokong perlu tahu apa yang
berlaku kerana itu hak anda....
Berkenaan pasukan kebangsaan, saya berharap FAM membuat pilihan
jurulatih yang betul. Ada yang mengatakan bahawa kita tidak b0leh
selamatkan lagi b0lasepak tanahair, bahawa kita cuma boleh berharap pada
pembangunan belia. Takkan hendak ditunggu pemain yang sekarang ni
berumur 12 tahun? Bagaimana pula nasib pasukan yang sedia ada? Mari
betulkan dahulu apa yang ada. Selagi boleh diperbetulkan, kita usahakan.
Itulah tindakan yang sepatutnya diambil. Ambillah jurulatih yang layak
dan betul-betul b0leh buat kerja, berikan kebebasan. Jangan ‘berk0ngsi’
gaji dia. Kita ada p0tensi dan peluang untuk naikkan b0lasepak negara,
tetapi ianya perlu dilakukan dengan cara yang betul....
Harimau Muda ni diwujudkan kerana ada individu yang ingin mengambil
kesempatan membuat duit. Dihantar ke sana sini, tetapi bila ada
perlawanan, tak pernah menang pun.... Sepatutnya,,, jika semua pasukan
mempunyai asas kewangan kukuh,,,, pembangunan belia diwajibkan daripada
umur 8 tahun hingga 16 tahun kepada semua pasukan yang bertanding,
tetapi malangnya mereka tidak ada peruntukan....
B0lasepak sukar hendak maju kerana ramai yang memegang jawatan atas
kepentingan politik. Kepada mereka yang berangan untuk menswastakan
liga,,,, pada saya liga kita belum bersedia untuk diswastakan kerana
masalah kewangan setiap pasukan. Pasukan tidak ada stadium sendiri,,,, malah pusat latihan sendiri pun tidak ada maka bagaimana hendak
swastakan liga????
Kepada laman-laman web dan faceb00k b0lasepak,,, janganlah beri harapan
palsu kepada penyokong... Cakap berpandukan fakta, berikan maklumat yang
betul kepada peny0k0ng.... Jangan sebarkan g0sip kerana ia tidak akan
membawa ke mana... Sampaikan kepada semua penyokong dari utara ke selatan
situasi sebenar yang berlaku dalam bola sepak....
Daripada bergaduh antara satu sama lain, baik anda “bergaduh" dengan
Presiden anda sendiri kerana mereka tidak menggerakkan pasukan hinggalah
ke hari ini.... Itu pandangan ikhlas saya....
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahk0ta J0h0r
sumber:kaki berita
0 comments:
Post a Comment